FAQ


1. Anak saya tidak disahkan oleh Doktor Perubatan sebagai orang kurang upaya (OKU) tetapi ia berminat untuk belajar bidang vokasional. Adakah boleh anak saya memohon untuk ditempatkan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional?


Tidak. SMPKV hanya dikhususkan untuk murid berkeperluan khas yang telah disahkan oleh pengamal perubatan. Bagi murid biasa, anak tuan boleh memohon untuk ditempatkan di Kolej Vokasional. Sila berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat atau layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.



2. Bagaimanakah cara untuk memohon penempatan bagi anak saya di SMPKV?


Iklan bagi permohonan dipaparkan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my antara bulan September hingga Oktober pada.setiap tahun. Permohonan perlu dikemukakan secara dalam talian.



3. Anak saya kurang upaya penglihatan. Bolehkah ia belajar di SMPKV Shah Alam?


Tidak. SMPKV Shah Alam tidak menawarkan kursus untuk murid kurang upaya penglihatan. Tuan boleh memohon untuk menempatkan anak tuan di SMPKV Indahpura, Kulai, Johor.