Sunday 30 June 2019

GOOGLE CLASSROOM (GC)

GOOGLE CLASSROOM (GC)

Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM. 

Sehubungan itu, bagi membantu para guru untuk berkongsi maklumat atau cadangan dan sebagainya, disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google Classroom Training di pautan ini: https://t.me/GoogleClassroomTraining

Untuk maklum lanjut dan bantuan teknikal boleh menghubungi 016-6628915 atau 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Friday 28 June 2019

28062019 HARI TERBUKA 2019


Hari Terbuka 2019 merupakan  hari untuk memberi peluang kepada ibu bapa / penjaga mengambil laporan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan prestasi semasa pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini

Monday 24 June 2019

LANGKAH PERMINDAHAN FAIL ERPH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua guru

Disebabkan Kontrak Projek 1BESTARINET FASA 2 KPM bagi Talian Internet YES 4G dan FROG VLE akan TAMAT pada 30/6/2019.

Mohon kerjasama guru-guru SMPKVSA :

1) Membuat 1 email GMAIL  baru untuk tujuan E-RPH

Cth : vsa.noormellisa@gmail.com

Guna format di atas 👆

2) Rujuk fail PDF yang dilampirkan cara-cara transfer / pindah fail dari akaun YES ke GMAIL
    Sila tekan download fail PDF dibawAh.

   Download

3) Sila bertindak segera sebelum 29 JUN 2019.


Sunday 23 June 2019

AMIN BUAT PAK YAMIN


AMIN BUAT PAK YAMIN

 Merenung, Disini masih sama seperti kisah lama. Kita sama bernafas di ruang sama, Udaranya sama, cuaca yang sama, pancar matahari sinar yang serupa sama masih dari arah pancar yang sama. Sehari, setahun, sepenggal takkan sama yang puluhan tahun. Galas tugas pendidik anak didik demi didikan dan jaya pendidikan! Termenung, merenung beza. Cuma beza keadaan dan keberadaan Tubuh, wajah dan harap! Berbeza, anak-anak yang berbeza Silih berganti tahun ke tahun. Sahabat datang sahabat pergi. Ke sana ke mari, ke mana lagi? Justeru hati tetap akan ke sini lagi. Renung, Remang pagi berbisik sepi hari ini Entah bila ketemu sekali lagi. Ruang kotak hati, rentak cerita berputar lagi terisi, kisah indah sang adi. Sekian lama di sini, di sekolah ini kapan lagi akan ke sini! Renung ke sekian kali, Hati akan ingat suara sang ayah ayah Akur dengan kata leluhur bukan amatur penuh nasihat berbaur indah madah Tuturnya teratur diatur tidak bertabur. Doa kami, Semoga semuanya indah, Urusan dipermudah! Ya Rabbulalamin, Amin buat Pak Yamin! 

Oleh : AlengTohara Jun 2019 SMPKVSA